Wednesday, January 7, 2009

meeting dengan Dr. Eko

Lebih kurang pukul 12 tengah hari tadi, akhirnya dapat juga aku berjumpa dengan Dr. Eko. Dalam perbincangan tadi, aku melaporkan apa yang berlaku masa evaluation pre -seed fund. Dia terkejut sebab ramai yang fail. Then, aku gembira sebab aku dah dapat 1 literature review yang boleh menyokong fakta aku pasal penggunaan polymer sensor dalam project aku tu. Dr. Eko juga cakap yang polymer sensor ni pun dah widely used untuk application lain. Maknanya, technology yang aku guna ni kira unik dan baguslah. Pastu Dr. Eko cakap pasal application untuk certification product aku boleh setel dalam setahun selepas prototype siap. Maknanya aku perlu ubah perancangan commercialization produk aku tu. Then, dia juga cadangkan aku try apply SMIDEC punya funding dan cuba dapatkan at least RM1 juta untuk start up business aku ni. So, esok aku ada meting dgn Dr. Zaidi pulak. Aku nak bincang dgn dia pasal application untuk SMIDEC and tunjukkan literature review yang aku jumpa tadi. Last td, Dr. Eko tanya aku pasal patent document yang aku patut siapkan dan hantar pada patent agent. Dia cakap, patent untuk sekarang biar jadi patent Universiti. Later, aku ubah sikit and apply patent untuk company aku sendiri sebab prototype yang ada ni pun memang perlu tambah lagi plus requirement from certification profesional bodies. Next meting, we all akan finalize part apa yang kitaorang akan patentkan atas nama Universiti. So, yang lain aku boleh patentkan atas nama company aku. Hope, impian aku akan jadi kenyataan...from zero to hero...

0 comments:

Post a Comment

Love is...
© from zero to hero... - Template by Blogger Template - Font by Yodroo