Wednesday, March 25, 2009

mastercam


LAPORAN PENGENDALIAN MASTERCAM DAN MESIN PEMBUATAN

TARIKH: 11 FEBRUARI 2009 (9.00 PG – 12.00 TGHRI)
TEMPAT: Makmal CAD Dan Makmal Simulasi, Fakulti Sains Komputer Dan Sistem
Maklumat, UTM
TENAGA PENGAJAR DAN JURUTEKNIK YANG TERLIBAT: En.Hilman Muttaqin

PENDAHULUAN

MASTERCAM adalah satu perisian yang membolehkan pengguna merekabentuk sesuatu objek dan kemudian hasil rekabentuk tersebut digunakan untuk menghasilkan objek tersebut secara fizikal dengan menggunakan mesin pembuat. Bahan kerja yang selalu digunakan untuk menghasilkan objek tersebut ialah aluminium dan kayu. Hasil rekabentuk tersebut amat cantik dan memenuhi kehendak pereka serta sangat mudah dihasilkan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Mendedahkan pelajar dengan perisian MASTERCAM.
2. Menghasilkan rekabentuk objek.
3. Menghasilkan objek.

SESI 1 (9.00 PG-10.30 PG)

Camputer-Aided Design (CAD) merupakan perisian komputer yang mengunakan aplikasi-aplikasi rekabentuk geometri, lakaran dan dokumentasi. Contoh perisian yang menggunakan program ini adalah AutoCAD, SolidWorks, SolidEdge, Alibre Design, VariCAD, Pro/ENGINEER, VectorWork, MicroStation dan TopSolid. Perisian- perisian ini merupakan asas kepada rekabentuk 2D dan 3D sesuatu objek.

Kelemahan perisian- perisian ini adalah pengguna hanya boleh merekabentuk objek tetapi tidak boleh menghasilkan objek secara fizikal. Oleh yang demikian, perisian- perisian baru dicipta untuk mengatasi masalah ini. Perisian- perisian tersebut adalah UGS Corp, PTC, Delcam, Planit-Edgecam, OneCNC, GibbsCAM, SurfCAM, CNC(Mastercam) dan BobCAD-CAM.

Dalam kursus pendek ini, kami didedahkan cara merekabentuk objek menggunakan perisian MASTERCAM. Kursus ini dimulakan dengan taklimat ringkas serta pengenalan kepada perisian MASTERCAM dan kemudian kami dikehendaki merekabentuk objek berdasarkan tutorial yang diberi. Selama lebih kurang sejam, kami telah diajar menggunakan MASTERCAM untuk merekabentuk objek 2D dan 3D. Lukisan objek yang telah direkabentuk adalah seperti rajah 1.


RAJAH 1
Setelah selesai merekabentuk, kami diajar cara untuk menghasilkan simulasi objek yang bakal dihasilkan menggunakan mesin pembuat. Simulasi ini menggambarkan cara mesin menghasilkan objek dan masa yang diambil bagi proses penghasilan objek itu. Setelah selesai, kami dibawa ke Makmal Simulasi untuk proses seterusnya.

SESI 2 (10.30 PG-12.00 PTG)

Di Makmal Simulasi, kami diperkenalkan dengan mesin pembuat yang akan menghasilkan objek yang telah direkabentuk semasa sesi 1. Bahagian utama mesin tersebut adalah pemegang mata, penyejuk, antaramuka mesin dan komputer, pemegang objek dan motor. Mata yang digunakan merupakan mata gerudi pintal yang mempunyai pelbagai saiz diameter mengikut kesesuaian objek yang akan dihasilkan dan bahan kerja yang digunakan seperti kayu, besi, aluminium dan wax.

Kami diberi peluang untuk mengendalikan mesin secara manual dengan pengawasan juruteknik yang bertugas. Kemudian, proses penghasilan objek secara automatik dilakukan dengan menggunakan hasil rekabentuk objek semasa sesi 1. Kod-G merupakan kod yang dibaca oleh mesin ketika proses penghasilan objek dilakukan.



KESIMPULAN
Kursus pendek ini berjalan dengan lancar dan setiap ilmu yang disampaikan dapat difahami dan tutorial yang diberikan amat membantu kami menggunakan MASTERCAM.

PENUTUP
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Shahizan, En.Hilman dan juruteknik yang terlibat sepanjang kursus pendek ini diadakan. kami berasa berbesar hati kerana berpeluang mempelajari MASTERCAM dan berharap ilmu yang dipelajari dapat digunakan untuk menjayakan projek sarjana dan dapat dimanfaatkan dalam pelbagai perkara.


Disediakan oleh,
MURNI NORESTRI MOHD NORDIN
NORSHIFAH ABDUL RAZAK
25 FEBRUARI 2009

0 comments:

Post a Comment

Love is...
© from zero to hero... - Template by Blogger Template - Font by Yodroo